Anugerah Guru Inspirasi kini kembali bagi menghargai ‘Cikgu Luar Biasa’ yang telah menjalankan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki, demi mendidik anak bangsa.

‘Cikgu Luar Biasa’ adalah guru yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam memberikan yang terbaik buat pelajar-pelajar mereka. Calonkan ‘Cikgu Luar Biasa’ anda yang sentiasa memberikan 100% dalam mendidik, membentuk dan memberi inspirasi.

Cikgu Muiz merupakan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2020. Bagi menyokong usaha anak-anak muridnya yang membantu ibu bapa mereka berniaga di pasar, beliau telah mengajar mereka bahasa Mandarin. Komitmen dan dedikasi beliau amat luar biasa!