Winners

MDM ZARIMAH BINTI OTHMAN

From SMK DATUK UNDANG ABDUL MANAP

MDM ZARIMAH BINTI OTHMAN's photo

Nominated by KHALISAH BINTI MOHAMMAD NOOR

Beliau merupakan guru yang mampu mengajar pelbagai bidang tanpa mengikut opsyen. Sesuai dengan pengalaman mengajar beliau yang variasi; iaitu pernah mengajar selama 7 tahun di sekolah rendah, kemudian 11 tahun di arus perdana, dan selama 7 tahun sehingga kini mengajar anak anak istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Mula memasuki PPKI pada tahun 2011. Pertukaran bidang tidak melemahkan beliau malah terus bangkit dengan pelbagai projek dan program. Pelbagai program disertai dan dipertandingkan melibatkan murid PPKI malah mendapat kejayaan. beliau turut mencari sumbangan freezer, peti ais, oven industri bagi subjek Pembuatan Roti, dan yang terbaru berjaya mendapatkan water dispenser bagi memudahkan murid PPKI mendapat bekalan air. Beliau sentiasa memikirkan nasib dan kebajikan murid-murid PPKI. Jika ditelurusi perjalanan beliau sebagai pendidik, tidak terbayang berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan bagi memastikan kemenjadian dan kebajikan anak didiknya.

Read More