Winners

MR SURENRVO A/L ANANTHARAVOO BABU

From SJK TAMIL MAHATHMA GANDHI KALASALAI (U), SUNGAI SIPUT

MR SURENRVO A/L ANANTHARAVOO BABU's photo

Nominated by JEEVALOSNY A/P AHNANTHAN

Belajar di sekolah SJKT sejak tahun 1 namun masih susah untuk menguasai Bahasa Tamil walaupun berada di Tahun 3. Pelajar itu telah berpindah ke sekolah dimana beliau mengajar dan beliau telah mengenal pasti kelemahan pelajar tersebut dalam masa yang singkat. Beliau mengambil pelbagai langkah insentif untuk meningkat menguasaan Bahasa Tamilnya. Beliau menggunakan cara tersendiri untuk memberi inspirasi kepada murid yang lebih lemah dalam pelajaran dan memerlukan bantuan tambahan dan telah menerbitkan sebuah buku untuk meningkat penguasaan Bahasa Tamil bagi pelajarnya.Beliau selalu datang ke sekolah awal pagi dan menjalankan program bacaan dan aktiviti yang dapat meningkat minat terhadap bahasa Tamil. Beliau selalu menggunakan ICT dalam pembelajaran beliau lantas meningkatkan minat pelajar terhadap bahasa tamil secara mendalam. Beliau selalu mengalukan mereka untuk menyertai pelbagai pertandingan dan selalu memberi latihan pengukuhan. Pandemik melanda, beliau mengunakan platform Google Meet, sekiranya ada yang tidak faham beliau akan call secara individu menggunakan WhatsApp call. Pernah mencatat nama dalam Malaysia Book of Record, dan menerima banyak anugerah dari ASTRO dalam peringkat Kebangsaan. Malah tahun ini beliau mendapat anugerah dari India - Young Outstanding Teacher. Murid tersebut kini berjaya mendapat peningkatan dari band 2 kepada band 5 dalam bahasa Tamil.

Read More