Winners

MR ONG SOON YEONG

From SJKC PULAU BETONG

MR ONG SOON YEONG's photo

Nominated by MUHAMMAD ARIQ IZZAT BIN SHAIFUL IRWANDY

Beliau menyangkal tanggapan bahawa sekolah luar bandar tidak dapat bersaing dengan sekolah bandar dengan menjadi ikon serta guru modal yang melahirkan banyak inisiatif untuk murid-murid sekolah luar bandar. Melatih murid yang hendak menyertai pertandingan, bukan tugas yang senang dengan memegang banyak jawatan tetapi beliau tidak pernah mengabaikan untuk melatih muridnya mengambil bahagian pertandingan di luar sekolah. Beliau membawa murid ke Pertandingan Kuiz Alam Sekitar peringkat kebangsaan dan mendapat tempat ketiga sekaligus telah mengharumkan nama sekolah. Beliau juga membuat transformasi Pusat Sumber Sekolah yang uzur dan mempunyai buku lama dengan mencari usahawan untuk memberi nafas baru serta turut bekerjasama dengan NGO luar untuk wewujudkan amalan membaca dalam kalangan warga sekolah. Akhirnya pusat sumber sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam kategori sekolah rendah peringkat daerah dan johan dalam pertandingan membaca kategori sekolah rendah peringkat daerah. Beliau telah memohon tajaan daripada YTL Communication untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan dan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar. Beliau telah memimpin warga sekolah dari peringkat bawahan sehingga atasan untuk menggerakkan semua program sekolah hijau dengan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti mewujudkan taman-taman mini di persekitaran sekolah dan menjalinkan kerjasama dengan NGO untuk menganjurkan program pendidikan alam sekitar. Ketika musim PKP yang menyebabkan semua orang berada di rumah, beliau telah bekerjasama dengan NGO untuk mengadakan webinar untuk berkongsi isu alam sekitar dengan anak muridnya. Beliau menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah sekolah untuk mengadakan perkongsian pintar dalam talian dengan luar negara. Sekolah telah mendapat Anugerah Perak dalam Program Eco-Schools peringkat kebangsaan dan menjadi sekolah rendah pertama di Pulau Pinang mendapat Anugerah Perak, tempat ketiga dalam Pertandingan Penjimatan Elektrik peringkat kebangsaan, Anugerah Khas Penglibatan Komuniti peringkat negeri dan daerah, tempat kedua dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah Rendah peringkat negeri dan tempat ketiga dalam program sekolah hijau peringkat daerah. 

Read More