Winners

MDM NORHASHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN

From SMK PUTRI SAADONG

MDM NORHASHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN's photo

Nominated by MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN TALIK

Seorang peramah dan disenangi semua guru. Beliau berkorban masa untuk menghantar pelajar itu ketika masih disekolah ke klinik untuk rawatan susun saringan Talasemia setelah pelajar memberitahu batas pergerakan yang dilalui. Beliau selalu memberi wang saku walaupun kini pelajar tersebut telah masuk universiti. Ketika beliau masih mengajar Sejarah, beliau selalu menghantar pergi dan pulang dari kelas tambahan malam kerana pelajar tersebut berjalan kaki dari sekolah ke rumah. Beliau turut mencalonkan pelajar tersebut sebagai anak angkat sebuah kedai buku untuk mendapat buku rujukan dan modul secara percuma menjelang SPM 2018. Habis SPM pelajar berjaya mendapat tawaran ke matrikulasi namun kekangan kewangan selagi lagi membataskan niatnya. Hati seorang guru yang tidak sanggup membiarkan, memberi duit yuran dan baki untuk kegunaan persiapan ke matrikulasi. Pelajar mengesyaki beliau menjual gelang emasnya untuk memberi sedikit wang saku kepadanya. Sekali lagi beliau mengumpulkan sumbangan untuk menghantar pelajar tersebut ke menara gading dan pelajar itu terharu dan menangis kerana tidak percaya beliau sekali lagi sanggup menggadaikan seutas lagi gelang untuk dia melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. 

Read More