Winners

Ms NAIMAH BINTI YUSUF

From SEK MEN TEKNIK TERENGGANU

Ms NAIMAH BINTI YUSUF's photo

Nominated by WAN MUHAMMAD HAIKAL BIN WAN KAMRI

Menggunakan waktu cikgu lain, luar dari persekolahan dan balik lewat petang untuk membuat kelas tambahan. Seorang guru yang tidak berkira untuk menggunakan rumah, masa dan duit dia sendiri  demi pelajaran anak- anak murid kesayangan beliau. Seorang guru Kimia dari sekolah Teknik Vokasional yang pelajarnya terkandas di asrama ketika musim pandemik covid-19 tapi tidak mahu mereka ketinggalan ilmu yang sepatut mereka perolehi tidak kira situasi. Beliau menyewa sebiji rumah untuk menempatkan hampir satu tingkatan pelajar lelaki sekolah beliau yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun itu. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di rumah beliau selama hampir 2 bulan. Beliau memasak untuk mereka makanan hampir setiap hari, dan murid hanya perlu membayar kos dari rumah sewa ke rumah beliau sahaja. semuanya ditanggung menggunakan duit beliau sendiri tanpa mengeluh.

Read More