Winners

MR MOHAMMAD HAZEEM BIN AZEMI

From SMK KUALA KRAU

MR MOHAMMAD HAZEEM BIN AZEMI's photo

Nominated by HASPURA BINTI ABU HANIPAH

Merupakan guru Pendidikan Khas namun sentiasa membantu murid dari aliran perdana. Pelbagai anugerah dimenangi sejak zaman belajar dan terkini beliau telah dipilih sebagai peserta Duta Guru KPM 2021. Merupakan seorang motivator dikenali di seluruh Negeri Pahang dan seringkali membawa murid OKU beliau dan juga murid aliran perdana untuk menjadi fasilitator ketika membuat ceramah. Hal ini dipuji seluruh warga sekolah dan orang ramai kerana berjaya meningkatkan jati diri murid terutama murid OKU dan memberikan kesan positif kepada murid kerana mereka boleh meningkatkan kemahiran insaniah dan kepimpinan. Beliau telah berjaya mengubah pandangan negatif terhadap seorang murid OKU yang sebelum ini tidak pernah diberikan perhatian sehingga menjadi sebutan seluruh warga daerah Temerloh. Beliau berjaya melatih seorang murid OKU iaitu Irfan Harris yang mempunyai ketidakupayaan kategori Autisma mewakili Malaysia di pertandingan Global IT Challenge bertempat di Korea. Beliau melakukan satu usaha yang sangat luar biasa apabila berjaya mencungkil bakat murid asli yang sebelum ini sangat pasif dan pemalu dengan memenangi Pertandingan Video Pendek Murid Asli Peringkat Negeri Pahang. Hasilnya, Nazifa heroin video tersebut mendapat keyakinan diri yang mendadak dan sekaligus mengangkat martabat orang asli dan murid itu menjadi sumber inspirasi penduduk asli. Beliau menunaikan Hasrat seorang murid OKU untuk menaiki kapal terbang ke Pulau Langkawi. Beliau mengumpul dana untuk membawa Amer yang serba kekurangan serta OKU fizikal, cerebral Palsy. Akhirnya mendapat tajaan dan sumbangan sebanyak RM 10,000 untuk membawa Amer dan rakan-rakan yang lain ke Pulau Langkawi. Berkat usaha dan dorongan beliau, siapa sangka murid OKU fizikal seperti Amer kini berjaya bekerja sendiri. Beliau telah mengejutkan warga sekolah dan Temerloh khususnya dengan membuat jalinan Kerjasama antara sekolah beliau dan sekolah di Thailand. Beliau ingin mengubah pandangan masyarakat terhadap golongan OKU. Dengan cara ini, masyarakat akan melihat kejayaan guru pendidikan khas dan murid OKU sehinggakan mampu sampai ke persada dunia. Berjaya mengumpul sejumlah RM15000 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana covid-19.

Read More