Winners

MR AHMAD SAFARMAN DOLLAH

From SK KENERING

MR AHMAD SAFARMAN DOLLAH's photo

Nominated by RAJA MUHAMMAD AZRIEF MIKHAIL BIN RAJA ZAHIDI

Sering kali menghiasi ruang pendidikan GPS Bestari berkongsi tips cemerlang UPSR bersama pembaca di Malaysia dan Sinar Harian untuk berkongsi tips mengajar dan belajar malah pernah terlibat dengan program Pengantarabangsaan Malaysia - Thailand dalam perkongsian kebudayaan dan bakat murid. Mempunyai bakat yang besar dalam bidang penulisan sehingga berjaya menulis beberapa buah buku bahkan banyak artikel dan penulisan cerpen dan sajak seringkali menghiasi dada- dada akhbar. Aktif mengikuti bengkel, kursus, seminar Dewan Bahasa dan Pustaka setiap kali cuti sekolah. Pernah memenangi pelbagai anugerah dia Peringkat PPD dan JPN Perak. Pernah patah semangat kerana kehilangan kedua orang tersayang ketika sedang giat aktif berkhidmat, namun itu tidak menjadi alasan untuk dia berputus asa. 6 tahun sebagai pemeriksa kertas UPSR Bahasa Melayu. Menjadi sukarelawan dengan menjadi Changemaker dibawah program naugan Dr Maszlee Malik, turut mendapat pujian oleh Dr Maszlee dan rakan Changemaker, ibubapa dan murid kerana memilih pelajar yang terjejas keciciran dek pandemik covid-19 dan murid yang dipilih dalam keluarga B40. Setiap minggu beliau akan mengajar murid ini secara sukarela di sebuah masjid yang telah mendapat persetujuan oleh kariah dan pengerusi masjid. Beliau turut mendapatkan dana untuk membantu murid cicir daripada NGO berupa makanan dan duit sara diri. Menjadi juri pertandingan penulisan kreatif bersama AADK dan seringkali diundang menjadi hakim cerpen dan sajak antara kolej.

Read More