Winners

Mr Mohd Khairul Fazlee bin Husain

From SMK La Salle Sentul

Mr Mohd Khairul Fazlee bin Husain's photo

Nominated by Megat Muhammad Daniel bin Syahriman Effende

Saya mula mengenali guru saya sewaktu di tingkatan 1.Nama beliau Khairul Fazlee bin Husain. Pada ketika itu beliau membantu saya untuk mendaftar kerana saya lambat mendaftar. Saya merupakan pelajar yang bermasalah kerana keluarga saya terlibat dengan dadah. Saya kurang keyakinan hidup dan sering terjebak dengan masalah sosial seperti merokok, keluar lewat malam dan sering menghabiskan masa di Cyber Cafe. Cikgu khairul atau lebih selesa dengan panggilan cikgu kyo telah merubah hidup saya apabila beliau cuba menyelami kehidupan saya kerana menurut beliau, dengan keadaan keputusan peperiksaan saya yang agak baik tetapi berpesonaliti kasar semestinya memiliki masalah. Oleh itu cikgu kyo sering memberi semangat dan mengubah perspektif saya terhadap kehidupan. Beliau sering membantu saya dalam mata pelajaran matematik dengan kaedah kaedah yang sangat berkesan. Tidak kurang juga beliau turut membantu saya dalam mata pelajaran lain. Beliau membelikan buku serta peralatan sekolah untuk saya. Beliau sering menasihati saya supaya tidak berputus asa dan sentiasa memandang positif terhadap setiap dugaan yang saya hadapi. Beliau juga memperkenalkan saya dengan bermacam macam perkara positif di luar pemikiran saya seperti membantu saya menetapkan tujuan hidup, mengajak saya mencuba hobi baru dalam bidang fotografi dan memberi kamera beliau untuk saya berlatih, beliau turut menyokong pasukan futsal saya di setiap perlawanan. Saya sangat menghargai beliau dengan setiap usaha beliau membentuk saya menjadi seorang pelajar yang berguna pada masyarakat. Sekarang saya sudah berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan awam dan berada di tahun ketiga pengajian dengan keputusan yang agak cemerlang. Tanpa beliau saya mungkin tidak sampai ke tahap ini dan mungkin sekadar mat rempit yang tiada tujuan hidup. Terima kasih cikgu kyo kerana membantu saya.Tidak akan ada guru atau insan yang setanding dengan cikgu!

Read More