Winners

Ms Dayang Nur Khaleda Afni

From Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Ms Dayang Nur Khaleda Afni's photo

Nominated by Muhammad Hakim bin Irmie Yuhazni

Cikgu… Merupakan lilin yang membakar dirinya demi kepentingan orang lain. Guru ini telah menjadi sumber inspirasi buat saya setelah saya mengenali beliau sejak beliau menjadi cikgu praktikal di sekolah kami. Guru ini cukup dikenali oleh netizen. Guru yang saya maksudkan ialah Cikgu Bahasa Inggeris yang dihantar oleh UKM. Cikgu Bahasa Inggeris ataupun nama sebenar beliau ialah Teacher Dayang Nur Khaleda Afni . Beliau kini mengajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya iaitu sekolah berasrama penuh (SBP) . Beliau akan mengajar kami untuk 6 bulan sahaja.Beliau terkenal bukan sahaja disebabkan kepandaiannya yang terserlah malah lucu juga.Pengajaran subjek Bahasa Inggerisnya bahkan turut dikenali kerana sumbang baktinya kepada murid setempat terutamanya mereka yang bergelar kurang pandai .Sesungguhnya ilmu yang Cikgu Bahasa Inggeris berikan teramatlah diharapkan kerana cabaran dalam isu pendidikan masa kini bukan sahaja dihadapi oleh murid-murid khususnya bahkan juga kepada ibu bapa amnya. Ibu bapa kini terpaksa mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak pabila dirumah. Kemunculan Cikgu Bahasa Inggeris ini sangat membantu saya iaitu cikgu yang berkerjaya dalam mengajar anak-anak dirumah. Teknik-teknik dan tips untuk menjawab peperiksaan pertengahan tahun yang diajar Cikgu Bahasa Inggeris ini sangat membantu saya untuk lebih dan mudah faham tentang sesuatu topik yang dibincangkan. Saya kini tidak lagi bimbang sekiranya hendak bertanya tentang "verb" atau apa-apa sahaja. Cikgu Bahasa Inggeris juga ada membuat kelas tambahan buat mereka yang lemah. Tetapi percayalah,dengan ilmu yang dicurahkan, bagai langit dan bumi tidak akan kami lupakan.Saya setiap hari ternanti-nanti untuk menunggu beliau mengajar kami . Setiap ilmu yang diberi ibarat "tiket straight A" dalam semua subjek.Perhatian dan pengajaran yang positif daripada beliau amatlah membantu. Selain itu, beliau juga sangat aktif kerana mampu menjadi warden asrama kami iaitu Warden Sekolah Sultan Alam Shah demi menjaga ketenteraman kami pada waktu malam. Walaupun letih, beliau tetap senyum sehingga ke telinga . Menerusi tenaga dan keupayaan beliau,kami dapat hidup dan belajar dengan lebih selesa di sekolah. Kerjasama beliau dapat mengubah kehidupan kami di sini.Selain itu, Cikgu Bahasa Inggeris ini merupakan "Host Panorama RTM"yang amat terkenal di media massa dan media sosial.Kerjaya beliau bukan berhenti di situ sahaja malah beliau membuat video di youtube yang bertajuk "#IyeKe" sebagaipengetahuan tambahan anak muda zaman millennium ini. Banyak ragam anak murid yang beliau perlu hadapi, seperti tidak siap kerja sekolah,tidak hadir ke sekolah dan lain-lain. Di sini kita boleh lihat bagaimana seorang cikgu perlu bijak mengawal keadaan dengan menggunakan pendekatan psikologi dan emosi. Bila diramalkan dengan baik perjalanan hidup beliau, ada kisah yang mampu menitiskan air mata, ada yang membuat kita ketawa tak ingat dunia dan ada yang menyebabkan kita merenung kembali ke dalam diri sendiri. Sebenarnya berkata dengan hati yang ikhlas dan jujur di sini sahajalah yang saya dapat meluahkan perasaan saya terhadap cikgu. Cikgu, "Kalau cikgu baca ini, saya nak cikgu tahu kami sekelas iaitu kelas 2 Cita sayAng akan cikgu dan pastikan kerjaya cikgu tidak terhenti di sini.Amat sesuai dengan cogan kata hidup cikgu yang membara iaitu tepuk dada,tanyalah iman.Kami akan ingat jasa cikgu hingga kami tiada di dunia yang fana ini lagi".Saya amat berharap agar Teacher Dayang Nur Khaleda Afni atau Cikgu Bahasa Inggeris mendapat Anugerah Inspirasi McDonalds Tahun 2020 ini. Saya percaya ribuan murid,guru dan ibu bapa di luar sana juga bersetuju. Ini merupakan sedikit penghargaan buat Cikgu Bahasa Inggeris yang banyak mencorakkan kami sehingga menjadi seseorang yang bijak seperti cikgu.Ikhlas dari hati, MUHAMMAD HAKIM 2C.

Read More