Winners

Mr Saifulnizan Bin Che Ismail

From SK Raja Bahar, Kota Bharu, Kelantan

Mr Saifulnizan Bin Che Ismail's photo

Nominated by Nur Awatif Inani Bt Abdullah

GURU bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU... Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU…Yang pasti Guru juga bagaikan TV9, DEKAT DI HATI... Dan yang paling penting, GURU pastinya bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA… Begitulah ungkapan yang boleh saya katakan kepada cikgu Saifulnizan yang merupakan seorang guru matematik yang tegas, tetapi dalam ketegasan beliau ada kelembutannya. Cikgu Saifulnizan telah berjaya menaikkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan seperti Frog VLE, Hour of Code, Guru Inovatif Kebangsaan dan memenangi anugerah 1Bestarinet Teacher Award 2016, 2017 dan 2018. Pada tahun 2018 beliau telah dinobat GURU INSPIRASI 1Bestarinet Teacher Award kerana sumbangan beliau terhadap peneraju Pendidikan Abad Ke-21. Cikgu Saifulnizan merupakan seorang guru cemerlang matematik dan tidak hairanlah saya sentiasa ternanti-nanti akan kelasnya. Beliau sering membuat perubahan dan menggunakan pelbagai sumber pengajaran bagi membantu pembelajaran saya di dalam kelas. Apabila berada di dalam kelas beliau, saya menjadi murid yang aktif ketika sesi pembelajaran kerana banyak aktiviti hands-on yang dapat saya jalankan secara kolaboratif bersama rakan-rakan saya di dalam kumpulan. Saya juga tertarik apabila beliau, menggunakan teknologi Augmented Reality dengan menggunakan telefon pintar dalam pembelajaran matematik di dalam kelas. Saya begitu teruja sekali menggunakan aplikasi yang dibina oleh cikgu Saifulnizan kerana ianya dapat mengukuhkan konsep matematik yang saya telah pelajari. Beliau bukan sahaja pakar dalam subjek matematik tetapi juga berkemahiran dalam mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Pada tahun 2018 beliau telah berkongsi ilmunya di dalam Majalah Pendidik berkenaan ilmu teknologi pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Saifulnizan juga telah membimbing saya untuk mempelajari ilmu coding menggunakan scratch. Pada mulanya, saya berasa sangat asing dengan perkataan coding, ini kerana saya tidak pernah mendapat pendedahan tentangnya. Setelah menghadiri kelas coding yang diajar oleh cikgu Saifulnizan, akhirnya saya dapat membina sistem yang dapat mengesan suhu di sekeliling dan juga dapat menyalakan lampu LED mengikut kecerahan cahaya di dalam bilik. Dengan didikan dan bimbingan beliau, saya telah berjaya mendapat sijil tahap 4 dalam Peperiksaan Sistem Terbenam Malaysia pada 2018. Oleh itu, saya merasakan cikgu Saifulnizan selayaknya mendapat gelaran GURU INSPIRASI dihati saya.

 

Read More