Winners

Madam Hilyanti Nordin

From SMK Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang

Madam Hilyanti Nordin's photo

Nominated by Awang Izzam Bin Awang Keri

Salah satu dari pengalaman saya semasa bersekolah dahulu adalah bertemu dengan Puan Hilyanti Bt Nordin. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di SMK. Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau bertanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Walau saya tidak berkesempatan untuk berada di dalam kelas beliau, saya berpeluang untuk berada dalam kumpulan drama di bawah seliaan Puan Hilyanti. 2009 adalah tahun pertama SMK. Bertam Indah mengambil bahagian dalam Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan tanggapan sekolah lain terhadap sekolah kami adalah, sekolah 'underdog'. Dengan usaha yang telah kami beri dan bimbingan tak terkira oleh Puan Hilyanti, kami berjaya menjuarai pertandingan tersebut di peringkat daerah dan melayakkan kami ke peringkat negeri pulau pinang. Dengan minat yang jitu dan kebolehan beliau, Puan Hilyanti telah berjaya membawa naik nama sekolah kami sebanyak 3 kali dalam mewakili negeri Pulau Pinang ke Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Drama ini. Antara tahun yang telah diwakili sekolah ini adalah pada 2018, 2017 (Menjuarai peringkat negeri tetapi tiada anjuran peringkat kebangsaan), 2015, 2012. Bersama Puan Hilyanti, turut membantu ialah Puan Jasmarina. Beliau juga banyak menolong pelajar dalam sesi latihan. Mereka berdua telah banyak meluangkan masa untuk membantu anak didik mereka semasa latihan serta memberi bimbangan supaya murid dapat melakukan yang terbaik untuk memenangi pertandingan drama tersebut. Sejak mengenali Puan Hilyanti, saya mendapati beliau adalah seorang yang cekal dalam menjalankan tanggungjawab beliau terutamanya mengendalikan kumpulan drama sekolah. Beliau banyak memberi dorongan kepada murid untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan. Ramai di antara bekas pelajar beliau berjaya menguasai Bahasa Inggeris dan dapat tingkatkan prestasi serta keyakinan diri mereka melalui dorongan Puan Hilyanti. Dengan keadaan ekonomi negara yang semakin terusik oleh aktiviti politik negara, Puan Hilyanti kadangkala melabur wang ringgit yang banyak untuk memenangi pertandingan drama ini. Kami terharu atas pengorbanan beliau dalam usaha menaikkan semangat kami dan juga nama sekali. Sehingga kini, saya masih mencari kesempatan untuk kembali ke sekolah saya untuk membantu Puan Hilyanti dalam kendalikan sesi latihan drama bersama beliau. Beliau telah banyak mengajar saya bahawa, sekolah adalah tempat yang seronok selain menimba ilmu. Beliau juga banyak memberi dorongan kepada anak muridnya dalam meneruskan cita-cita masing-masing. Banyak nasihat mengenai kehidupan beliau ceritakan dan saya terusik dengan kata kata semangat beliau. Kecekalan beliau juga telah memyuntik bukan sahaja saya, malah ramai lagi pelajar untuk meneruskan legasi kumpulan drama sejak 2009. Ramai juga di antara kami yang mengambil bahagian dalam pertandingan drama ini, kembali untuk membantu Puan Hilyanti dalam sesi latihan. Saya dan ramai lagi banyak terhutang budi dengan beliau. Oleh yang demikian, saya ingin mencalonkan Puan Hilyanti Bt Nordin sebagai calon untuk memenangi Anugerah Guru Inspirasi anjuran McDonald's Malaysia ini.

 

Read More