Winners

Madam Wong Vui Hang

From Sekolah Menengah St Dominic, Lahad Datu, Sabah

Madam Wong Vui Hang's photo

Nominated by Bayu Saputra Bin Rizal

Beliau seorang yang amat tegas berdedikasi serta disiplin.. pada tahun pertama beliau bertugas di sekolah ini sebagai pengetua, beliau amat sedih melihat keadaan sekolah yang daif ini oleh itu beliau bertekad untuk membina sebuah dewan terbuka yang baharu kerana tidak sanggup melihat anak didiknya berhujan dan berpanas bahkan ada yang pingsan kerana tidak mampu menahan teriknya suria..akhir nya keinginan beliau tertunaikan dewan itu berjaya di dirikan dgn kemudahan astaka mampu menampung 100-150 orng...namun masalah ini tidak berhenti d situ sekolah menghadapi masalah ia itu kekurangan bilik darjah ia mungkin disebabkan faktor usia sekolah yg memasuki setengah abad dan tidak mampu menampung jumlah murid yang bnyk oleh itu beliau bertekad dan berusaha dengan bantuan pibg sekolah beliau berjaya mendirikan sebuah bangunan bilik darjah yang baharu dengan lima bilik darjah dan dua buah tandas..namun beliau terus membaiki fasiliti sekolah yang semakin daif dan memperbaiki ruang kelas yg di mamah anai anai agar anak didiknya selesa untuk belajar..namun bukan itu sahaja beliau juga berjaya mengubah suai.

ruang bilik guru untuk menampung 50 orang guru bagi dua sesi persekolahan..berkat usaha gigih beliau pada tahun 2015 sekolah ini berjaya mencatat kan rekod yang baik untuk spm tahun tersebut bahkan beliau berjaya mengekal kan dan menaikan prestasi tersebut pada spm tahun 2016 dan 2017 menyebabkan sekolah mengekal kan posisi nya di perikat sekolah harian terbaik bagi daerah ini...usaha beliau tidak berpaksikan kurikulum sahaja bahkan korikulum juga beliau titik berat kan di mana sekolah ini  berjaya menghantar wakil ke peringkat kebangsaan untuk acara robotik dan tilawah alquran untuk peringkat negeri sabah...Usaha beliau untuk membagunkan sekolah usang itu tidak pernah berhenti bahkan beliau kian gencar membangunkan prestasi sekolah tua ini namun beliau tidak pernah meminta untuk di sanjung tetapi beliau sentiasa berharap agar kejayaan terus ada pada anak didiknya..oleh itu beliau layak nobatkan sebagai ibu pembangunan dan pemodenan sm st dominic lahad datu..beliau yang dimaksudkan ialah PUAN WONG VUI HANG

Read More