Winners

Madam Wong Lieat Hiong

From Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Kelantan

Nominated by Fatin Nur Syahzanani Binti Zakaria

Mengenali beliau pada tahun 2012 ketika bermain bola jaring sehinggalah 2017. 2016 mempunyai suatu kisah yang boleh dikatakan sangat jarang ada di Malaysia. Keluarga saya telah brpindah ke negeri asal iaitu negeri sembilan manakala saya harus tetap tinggal di kelantan kerana tidak dapat mnyesuaikan diri di sekolah baru. Beliau menawarkan diri untuk menjaga saya selama 2 tahun di Kelantan. Perbezaan agama dan bangsa sedikit sebanyak menjadi isu yang hangat di sekolah. Namun kasih sayang beliau kepada saya tidak menjadi masalah kepada beliau untuk terus menjaga saya seperti menjaga anak beliau sendiri. Kadang-kala guru2 lain mempersoalkan mengapa saya memilih untuk tinggal bersama beliau ,di rumah beliau sedangkan masih ada guru yang sama agama untuk jaga saya. Namun, cara beliau menjaga diri saya membuat saya rasa seperti beliau bukan sahaja insan yang bergelar guru dalam hidup saya tetapi juga seperti seorang ibu yang sentiasa melindungi anaknya. Beliau cuba sedaya upaya mendapatkan tuisyen untuk saya belajar, ketika saya duduk di asrama stiap kali hujung minggu beliau akan ambil saya dan bawa pulang ke rumahnya . Jika tidak mmbawa pulang beliau akan membelikan makanan untuk saya.

Setiap kli pulang ke rumah, hampir setiap petang beliau akan bawa saya ke Kota Bharu. Kadang-kala beliau membelikan buku rujukan dan buku latihan untuk saya . Tentang kewangan beliau sedikit pon tidak berkira dari aspek pemakanan, perbelanjaan mahupun pendidikan. Di rumah beliau sangat memahami saya sebagai orang islam dengan mnyediakan satu bilik khas untuk saya yang dilengkapkan dgn tempat belajar dan tempat saya untuk menunaikan ibadat . Setiap malam pula beliau akan membantu saya dalam subjek matematik tambahan walaupun beliau seorang guru bahasa inggeris . Matematik tambahan ialah subjek yang saya sentiasa gagal namun beliau merupakan salah seorang yang sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk tidak mudah putus asa. Beliau sangat memahami saya. Sebelum tinggal bersama beliau hampir setiap hari kami sentiasa berhubung melalui whatsapp . Hubungan kami bukan sahaja seperti seorang guru dan murid , seperti seorang ibu dan anak ,seperti pemain dan jurulatih malah seperti sahabat yang sentiasa ada di kala susah dan senang. Setiap tahun beliau akan membeli hdiah untuk beri kepada saya sempena hari jadi begitu juga dengan saya. Kerana kami mempunyai prinsip yang sama iaitu dengan mmberi hadiah merupakan tanda penghargaan antara satu sama lain .

 

Kami mempunyai banyak minat yang sama. Beliau merupakan guru yang terbaik pernah saya jumpa . Ketabahan beliau dalam menempuh segala persoalan-persoalan yg kdg2 sedikit sensitif drpd guru-guru lain turut memberi kekuatan kepada saya. Beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada saya . Malah ramai pelajar lain yang juga mempunyai anggapan yang sama seperti saya kerana disebalik sifat beliau yang agak tegas. Beliau sebenarnya amat memahami pelajar-pelajar beliau. Dalam kelas, beliau sntiasa mewujudkan suasana yang gembira dan tidak pernah membosankan. Beliau juga berjaya menghasilkan ramai calon SPM A+ dalam matapelajaran Bahasa Inggeris ( saya hanya mampu sumbang A je hehe ) . She's the special one for me and i'm the luckiest one to have her as my teacher. kerana beliau jugaklah saya dapat mewakili negeri dalam bola jaring. Sepanjang perhubungan saya dan beliau , terlalu banyak kisah dan kenangan terindah namun bermulanya pada tahun 2016-2017 . Kisah selama 2 tahun itu sangat memberi kesan kepada saya iaitu untuk sentiasa berfikiran positif dan sentiasa sabar dalam menghadapi cabaran hidup. Beliau telah menjadi inspirasi dan idola kepada saya untuk mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang guru bahasa inggeris yang sangat disenangi ramai dan dedikasi seperti beliau. Terima kasih teacher ! Jasamu akan sentiasa dikenang selagi nyawa dikandung badan.

 

Read More