Winners

Mr S Sivasamy A/L Sundara Morthi

From Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra, Sg Pelek, Selangor

Nominated by Puvanan A/L Manimaran

Terima kasih cikgu Siva sir. Engkaulah layak mendapat Anugerah Guru Insipirasi. Saya Puvanan a/l Manimaran berbangga menjadi anak murid cikgu S.Sivasamy. Jika saya menjelaskan pengorbanan beliau disini memang tidak cukup tempat untuk menjelaskan pengorbanan beliau. Umur beliau hampir 36 tetapi beliau bujang kerana kami (anak-anak murid). Beliau tidak pernah mementingkan kehidupan diri sendiri, sentiasa beliau mengorbankan masa mereka kepada sekolah terutama kepada kami dengan mengadakan kelas-kelas tambahan, program, pertandingan, perkhemahan dan sebagainya. Saya seorang murid yang sederhana. Bukan begitu pandai.

 

Pernah gagal dalam banyak subjek. Cikgu siva menasihati saya tapi saya enggan dengar. Apabila keputusan PMR pada  2013 saya tidak begitu baik, saya dan kawan-kawan saya bercadang untuk mengikuti percakapan cikgu Siva. Kami mengikuti kelas-kelas tambahan cikgu Siva dan juga beliau ajar tuisyen kami subjek-subjek teras SPM secara percuma bukan saja saya seorang malah kepada ramai pelajar yang miskin. Beliau juga menghantar saya dan rakan-rakan saya ke tuisyen kepada guru-guru lain. Segala kos diperbelanjakan oleh cikgu Siva termasuk duit makan semasa sata di tingkatan 5 pada 2015.  Saya mendapat keputusan yang baik dalam SPM serta 1A (subjek Sains  subjek cikgu Siva) dan 5 kepujian dalam matapelajar lain. dan kini saya melanjutkan pelajaran saya di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, segala kos ditanggung oleh Kementerian Belia dan Sukan di bidang Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A1),Chargeman. Saya melanjutkan pelajaran di IKTBN kerana  cikgu Siva. Beliau telah menguruskan dan membantu termasuk yuran pendaftaran untuk saya bagi melanjutkan pelajaran saya sehingga kini.

 

Beliau telah melahirkan pemain-pemain Kabaddi bermutu tinggi di sekolah dan kawasan saya. Pasukan sukan kabaddi sekolah saya menjadi johan dalam semua kategori dari 2011 hingga kini kerana cikgu Siva. Saya juga seorang pemain kabaddi yang pernah main pada peringkat kebangsaan. Pasukan  kabaddi kami telah mendapat anugerah dan hadiah pada beberapa pertandingan pada derah, negeri dan kebangsaan. Saya juga terpilih untuk menjadi pemain Kabaddi Negara pada tahun ini. Ada pepatah belakang parang, diasah lagi tajam , begitulah cikgu Siva menjadikan saya berbangga diri sendiri

 

Beliau merupakan jurutari. Ada kelab tarian di sekolah saya yang bernama SIVA DANCERZ. Beliau melatih tarian kepada saya dan kawan-kawan dan pernah membuat persembahan di banyak tempat termasuk di negra India. Beliau membawa kami ke India, Singapaura secara percuma. Kasih sayang beliau mengubah sikap dan tingkahlaku bukan saja saya, kepada pelajar-pelajar di SMK Pantai Sepang Putra.  Terima kasih cikgu Siva you are god gift for you

 

 

 

Love you SIR

 

Siva sir is my lovely teacher

 

Siva sir is my best friend

 

Siva sir is my well whiser

 

Siva sir is everything for me

 

Sekian terima kasih

Read More