Winners

Mr Romizal Amir Bin Rosdi

From Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia,Teluk Intan, Perak

Nominated by Nur Aliah BT. Mohd Azahar

Dulu saya sangat benci dengan subjek MATEMATIK. Bila cikgu kat depan tu sebut dan tulis je nombor satu hingga sepuluh, mata seperti ade suis yang cuba menutupnya. Sampailah satu ketika saya masuk kelas cikgu rambut belah tengah ni. Berdiri tersengih di depan kelas dengan layar hijau di belakangnya. Kiri kanan atas bawah dikelilingi dengan kamera. Romie tertera pada tanda namanya. Cikgu Romie rupanya. Pengajarannya yang agak mudah difahami tambahan pula dibantu dengan teknologi layar hijau dan visualizer yang menjadikan sesi pembelajaran saya dan rakan-rakan amat berbeza berbanding dengan guru-guru lain. Cara pengajaran sebegini telah merubah persepsi saya terhadap subjek Matematik. Cikgu Romie bukan sahaja bijak menggunakan teknologi pengajaran terkini malah unsur kecindan yang diselitkan menjadikan kelas Matematik kami lebih ceria.

 Cikgu Romie bukan mengajar kami sekelas sahaja, malah kami berkongsi cikgu kami ini dengan seluruh murid di Malaysia. Gelaran Cikgu Youtube bukan asing lagi bagi Cikgu Romie, ini kerana beliau akan rakam setiap pengajarannya di kelas dan akan memuatnaik video tersebut ke laman Youtube. Kini ada lebih 1500 video pengajaran Cikgu Romie di Youtube. Tak susah nak jumpa Cikgu Romie di Youtube, taip sahaja Cikgu Romie maka bersusun-susun video pengajaran Cikgu Romie.

 Cikgu Romie sentiasa bersama saya walaupun bukan pada waktu persekolahan. Jika saya mengulangkaji pelajaran di rumah dan tidak faham dengan sesuatu topik, saya akan buka video pengajaran Cikgu Romie di Youtube. Sempat juga saya baca beberapa komen di Youtube video Cikgu Romie, Seronoklah belajar dengan Cikgu Romie, senang faham, tq cikgu dulu saya tak minat matematik bila saya tengok cikgu mengajar , jadi saya faham, best doh belajar ngan cikgu ni terus faham alhamdulillah result exam dulu 64 lepastu terus jadi 89. Cemburu juga saya dengan komen-komen mereka pada cikgu saya ni.

Jangan tak tau, Cikgu Romie ni sangat kreatif orangnya. Cikgu Romie pernah memenangi Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan pada Tahun 2013. Banyak inovasi yang Cikgu Romie hasilkan bagi memudahkan pembelajaran kami di sekolah. Saya sangat kagum dengan semangat dan dan usaha yang Cikgu Romie lakukan bukan setakat untuk kami di sekolah malah rakan-rakan kami di sekolah lain juga turut mendapat manafaatnya.

Akhir sekali saya percaya usaha yang Cikgu Romie lakukan ini pasti menjadi inspirasi bukan sahaja kepada saya dan rakan-rakan pelajar malah kepada guru-guru lain juga. Ilmunya bukan sahaja dikongsi untuk diri saya malah selagi ada channel youtube ini anak cucu saya juga akan dapat belajar dari Cikgu Romie. https://www.youtube.com/user/cikguROMIE/

 

Read More