Winners

Mr Muhamad Rizal Bin Sadiman

From Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai

Mr Muhamad Rizal Bin Sadiman's photo

Nominated by Muhammad Naufal Bin Zulhilmi

SEORANG GURU, ABANG & PENCETUS FENOMENA!

Itu yang dapat saya katakan tentang Mr. Rizal. Kerana dia, sekolah luar bandar seperti SMK Alor Pongsu menempa kejayaan dalam pertandingan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. 

Katanya, "Siapa kata sekolah kampung tak awesome? Saya juga dulu bersekolah di kampung. Tak cuba mana tahu." Bermula dari situ, kejayaan demi kejayaan sudah kami tempa sejak tahun pertama dia berkhidmat iaitu pada 2015. 

Dari peringkat daerah ke negeri dan akhirnya kebangsaan. Daripada buta kamera sehingga kami mampu memenangi pertandingan video di peringkat negeri dan kebangsaan. 

Kelas tambahan? Tak pernah sedikit pun dia minta duit dan kedekut dengan masanya, tak pernah sekali pun kami dengar "Saya sibuk sikit." tetapi, apa yang kami selalu dengar adalah "Saya okay saja." termasuk Sabtu dan Ahad.

Kadang-kadang tu, kami tertanya juga, bila dia makan? Dari mana datangnya idea itu semua. Tapi, apa yang kami nampak, Mr. Rizal tak pernah lekang dari bukunya. Dari situ, kami juga terpengaruh dengan tabiatnya. 

Kerana dia lah, kami semua lebih yakin bercakap di hadapan orang ramai dalam Bahasa Inggeris. Kerana dia lah pelajar luar bandar seperti kami dapat melihat dunia dari mata burung dan bukan lagi dari dalam tempurung. Kerana dialah kami dapat rasa McDonald yang tiada di kawasan ini.

Semuanya kerana Mr. Rizal. Seorang guru, abang dan pencetus fenomena.

Read More