Winners

Mr Mohd Noorazlan Bin Shamsuddin

From Sekolah Tunas Bakti Sg Besi, Kuala Lumpur

Mr Mohd Noorazlan Bin Shamsuddin's photo

Nominated by Mazlan Bin Nordin

Saya adalah seorang pelajar di sekolah juvana atau dengan nama Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, KL. Saya masuk ke sekolah ini dengan perintah mahkamah. Punca saya masuk ke sekolah ini adalah kerana saya melakukan jenayah. Walaupon saya marah kerana diperintah oleh mahkamah untuk masuk ke sekolah juvana ini, namun saya bersyukur kerana saya berjumpa dengan cikgu azlan. Cikgu azlan telah banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk menjadi pelajar yang baik bukan sahaja dari segi perbuatan malah akhlak yang baik dan melupakan kisah silam saya. Walaupun keluarga saya jarang melawat saya di sekolah ini, namun hati saya tenang jika bertemu dengan cikgu azlan yang menganggap saya seperti anaknya sendiri. Kini saya berasa kuat untuk berhadapan dengan masyarakat walaupon saya adalah pelajar juvana, namun saya masih ada harapan untuk menjadi insan yang berguna apabila saya keluar dari sekolah juvana ini.

Saya juga bercita-cita untuk menjadi seperti cikgu azlan yang mempunyai perwatakan yang baik dari segi perbuatan dan juga akhlaknya. Ramai kawan-kawan saya senang bertemu dengan beliau kerana beliau adalah seorang yang ramah dan baik hati. Kami juga selalu menceritakan masalah-masalah yang kami hadapi di luar sana kerana masalah di luar sana adalah punca kami masuk di sini. Namun cikgu azlan banyak memberi nasihat kepada kami supaya kami tidak mengulangi kesilapan kami apabila keluar dari sekolah ini. Benarlah kata-kata pujangga seorang guru adalah pelita kehidupan. Dulu saya merasa kehidupan saya akan gelap selepas saya masuk ke sekolah ini, namun nasihat-nasihat yang cikgu azlan bagi menjadikan hidup saya kembali menyinar untuk berubah. Beliaulah inspirasi dalam hidup saya. Semoga Allah merahmati hidup cikgu azlan dalam mendidik kami pelajar-pelajar juvana di sekolah ini. Semoga cerita ikhlas dari hati saya ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar di luar sana terutama pelajar-pelajar juvana. Sekian, Terima Kasih.

Read More