Winners

Mr Mohamad Khamidon Bin Sadi

From Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor

Mr Mohamad Khamidon Bin Sadi's photo

Nominated by Fazlin BT. Shamsudin

Guru biasa-biasa saja hanya mampu menceritakan. Guru yang baik mampu menjelaskan. Guru yang unggul mampu menunjukkan. Sementara guru yang hebat mampu memberikan inspirasi.",

William Arthur Ward.

Kata-kata ini sememangnya sesuai untuk cikgu yang kami saying. Dikenali sebagai Cikgu Donze... beliau merupakan seorang guru mengajar subjek lukisan kejuruteraan... yang happy go lucky, fun.

Cikgu Donze bagi saya beliau mempunyai "magic touch". apa sahaja yang disentuh akan menjadi. Pengalaman sendiri di mana Cikgu Donze berjaya dengan sukses membuat saya suka dan cinta pada sekolah selepas ditukarkan sekolah. Sememangnya saya tidak suka akan sekolah itu kerana saya ditukarkan dari Sekolah ke sekolah tiada gred .. Akademik tidak bagus prestasi sukan sekolah yang teruk Kata-kata semangat dari cikgu "Lin you boleh !" memang tidak dapat dilupakan. Saya merupakan pelajar average sahaja. Ditukarkan ke sekolah ini untuk mengambil subjek lukisan kejuruteraan dari situ saya mengenali CIkgu Donze.. Dalam kelas cikgu akan menyanyi.. menari.. membuatkan waktu belajar itu seronok tetapi ada masanya cikgu akan serius terutama bab kerja sekolah. Pada satu hari cikgu bertanya.. Lin you boleh menyanyi? Boleh menari? Di situ bermulalah latihan dan berputik semangat untuk ke sekolah dan seterusnya semangat untuk belajar dengan bersungguh.. alhamdulillah saya lulus SPM dan Berjaya melangkah ke Menara gading dan kini bertugas sebagai pustakawan di UPM.

Umpama wira tidak didendang Cikgu Donze merupakan "Wira Kelas Hujung". Di kala kebanyakkan guru mengelak pelajar kelas hujung, Cikgu Donze menganggap ia sebagai satu peluang untuk menyungkil bakat dan kreativiti pelajar-pelajar tersebut  melalui aktiviti keceriaan sekolah dan kesenian... Dengan pengalaman 26 tahun di SMKS 16 Shah Alam, Cikgu Donze mengenalpasti kemahiran yang ada pada setiap pelajar...dan berjaya mengeluarkan bakat dan memupuk semangat kami untuk "explore" diri... Malah sekolah kami yang dahulunya zero .. now to hero,  Sebut sahaja SMKS 16 Shah Alam di kalangan warga pendidik dan sekolah semua mengenali CIkgu Donze Sekolah yang dahulunya suram.. kini berwarna warni dan menjadi "benchmark" serta menerima kunjungan lawatan dari sekolah-sekolah dalam dan luar negara melalui aktiviti keceriaan dan keseniaan yang dijalankan. Ada saja ruang kosong di dinding sekolah pasti diconteng mural  Ada sahaja tanah kosong pasti diisi dekorasi keceriaan. Sehingga saya sendiri selepas 17 tahun meninggalkan sekolah berasa teruja untuk ke sekolah semula. Sememangnya akademik itu penting untuk masa depan.. tetapi kemahiran juga sama penting dengan akademik kerana tidak semua pelajar mampu untuk cemerlang dalam akademik dan sukan.. tetapi ada yang cemerlang dalam kemahiran.

Dengan usaha yang berterusan.. Cikgu Donze telah dinobatkan Anugerah Ikon Guru Kebangsaan 2017. Malah bakat seni tari yang cikgu cungkil dari pelajar telah dibawa ke "International Folklore Festival" dan memenangi Anugerah Emas pada 2015 di Itali dan Anugerah Persembahan terbaik pada 2017 di Amsterdam..  Malah terdapat banyak lagi anugerah yang dimenangi oleh Cikgu Donze tetapi Anugerah inspirasi yang cikgu tanpa sedar telah dimenangi  dalam hati setiap pelajar yang mendapat magic touch dan bimbingan cikgu

Cikgu Donze. You Are Our Hero.

 

Read More