Winners

Madam Hafika Binti Ab Karim

From Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, Sarawak

Madam Hafika Binti Ab Karim's photo

Nominated by Nursyarmie Aqma Binti Drahman

Assalamualaikum..kisahnya bermula apabila saya bertemu dengan seseorang cikgu pada hari pertama persekolahan.Cikgu tersebut ialah cikgu Hafika.Beliau seorang yang garang namun penuh dengan kasih sayang. Saya amat takut pada beliau awalnya kerana sering marah pada orang.Apabila subjek Sains,saya berasa amat gementar untuk ke makmal kerana takut dimarahi oleh beliau.Selepas 3 bulan kemudian,cikgu mula bersikap amat peramah dan penyayang.Beliau sering membantu kami dalam mendapatkan gred A dalam subjek sains. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk membantu kami antaranya ialah mengadakan kelas tuisyen dirumahnya,membeli buku rujukan untuk kami,membuat kelas tambahan pada bulan puasa dan sebagainya. Pada tengah bulan,kami diberitahu oleh guru lain bahawa dia telah menghidap kanser tiroid tahap.Walaupun begitu,dia tetap meneruskan maklamat kami dengan melakukan usaha yang dinyatakan tadi.Selepas 3 bulan mengajar kami,dia menghidapi kanser tersebut dengan kuat dan tabah serta tetap tersenyum riang terhadap kami.Pada keesokan harinya pula,cikgu tersenyum sangat lebar.Cikgu memberitahu bahawa dia positif mengandung.

Cikgu hendak menamakan anaknya sebagai "Aurora" kerana keindahan aurora yang menarik perhatiannya.Apabila kami mengahadiri kelas tuisyen pada malamnya,cikgu mengadu bahawa dia sakit perut yang teramat.Saya mencadangkan kepada cikgu untuk pergi ke hospital untuk membuat rawatan.Namun dia tetap hendak meneruskan kelas tuisyen itu pada pukul 9.30 malam.Selepas kami pulang dari kelas tuisyen,cikgu terus ke hospital untuk pemeriksaan. Kawan saya yang telah meneman cikgu memberitahu bahawa Allah menyangi si kecil itu kerana mengalami keguguran.Impiannya terus musnah untuk menamakan anaknya Aurora pada bulan kedua kehamilan.Akibat dari itu,pihak hospital menahan cikgu selama 2 hari 1 malam.Setelah dari peristiwa itu,ibu dan suami kepada cikgu ke Sarawak untuk melawat cikgu fika.Selepas seminggu bersama ibunya,dia kembali ke sekolah dan meneruskan maklamatnya.Seminggu sebelum peperiksaan percubaan pt3 dia telah memberi kata semangat untuk menjawab kertas soalan sains.Cikgu telah bertanggungjawab untuk membuat kertas soalan sains untuk ujian percubaan.

Cikgu mencetak kertas ujian tersebut di Kuching Dalam perjalanan dari kuching ke lundu ,tiba-tiba kami telah dikejutkan bahawa dia telah terlibat dalam kemalangan di Felda sempadi.Kereta beliau telah terbalik sehingga menyebabkan keretanya masuk ke dalam parit.Allah telah memberi peluang untuk dia meneruskan hidupnya.Pada hari peperiksaan pt3 beliau tetap memberi kata semangatnya untuk menjawab kertas soalan subjek sains. Beliau telah menghalalkan segala ilmu yang telah diberikan kepada kami.Sepanjang mengajar kami,beliau menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan untuk memberi ilmu yang halal kepada kami.Terima kasih kerana mengajar kami. #pelajar3a2smklundu2017

Read More