Inspiring Stories

MADAM TUAN SARIPAH NOR RIHA BINTI TUAN JAAFAR

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SHAH ALAM

MADAM TUAN SARIPAH NOR RIHA BINTI TUAN JAAFAR's photo

Nominated by AZHAR BIN KAMIS

Puan Nor Riha telah mengubah hidup seorang pelajar OKU penglihatan (rabun) yang berasal dari kawasan luar bandar serta rakan-rakan sekelasnya yang mempunyai masalah yang sama untuk mencapai jauh dalam kehidupan mereka. Beliau telah berusaha mengharungi perjalanan 2 jam ke rumah ibu bapa pelajar tersebut di Perlis bagi mendapatkan beberapa maklumat untuk membawanya ke klinik mata swasta bagi mendapatkan rawatan. Hasil dari inisiatif beliau sendiri, pelajarnya, Azhar Bin Kamis, telah menjadi anak angkat kepada seorag dermawan yang telah menanggung kos perubatan beliau dan menyediakan kelengkapan untuk bilik komputer khas untuk OKU penglihatan. Kata-kata oleh beliau yang dipegang kuat oleh pelajar ini ialah “you mata dah kurang nampak, sepatutnya kena usaha 10 kali ganda daripada orang celik” telah menjadi pembakar semangat pelajar tersebut untuk sentiasa berusaha dalam kehidupan sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Pengajian Asia Timur khususnya dalam Pengajian Korea dan mendapat peluang melibatkan diri dalam program Hallym International Summer Programme tajaan Samsung Scholarship di Korea Selatan. Kini, pelajar tersebut merupakan seorang pensyarah bahasa Korea di sebuah universiti awam.

Read More