Inspiring Stories

MR TIEW FEILIX

From SJKC Kwang Hwa

MR TIEW FEILIX's photo

Nominated by Wong Kai Chen

Pengorbanan besar Cikgu Tiew Feilix dapat dilihat melalui pelbagai program belia dan kemasyarakatan yang beliau telah jalankan di Pulau Pinang. Beliau terkenal dengan jolokan "Cikgu Gila Program Belia" merupakan penaung kepada NGO Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi dan dinobatkan dengan pengiktirafan Young Excellent Awards 2021 - Kategori Pandemik Leadership Award oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebelum negara dilanda pandemik, Cikgu Tiew banyak memberi penekanan untuk menghasilkan bahan inovasi bagi meningkatkan prestasi PdPR di seluruh negara. Beliau pernah diiktiraf sebagai Edufluencer dan merupakan 100 Peserta Terbaik Kempen Guru PAK-21 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Read More