Inspiring Stories

MS SITI RAHIMAH BINTI HAMAT @ MAMAT

From IPG Dato’ Razali Ismail

MS SITI RAHIMAH BINTI HAMAT @ MAMAT's photo

Nominated by Siti Nor Shamimie Nor Azmi

Cikgu Siti Rahimah merupakan seorang guru yang sering menjalankan aktiviti dan program kemanusiaan tidak kira di dalam atau luar sekolah di serata negeri dengan niat murni ingin berbakti kepada komuniti. Beliau yang terkenal dengan sikap prihatin terhadap kebajikan anak murid, bersungguh-sungguh mengutip dana bagi membolehkan anak murid yang terpaksa berhenti atas sebab kekangan wang ringgit agar dapat kembali ke sekolah. Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kawad kaki, bola jaring dan banyak lagi aktiviti lain. Seorang guru yang tidak kenal erti putus asa dan sentiasa tersenyum walau apa jua rintangan melanda.

Read More