Inspiring Stories

MADAM ROSMINA BINTI YAACOB

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG

MADAM ROSMINA BINTI YAACOB's photo

Nominated by KRIS KHANDA B AB RAZAK

Dicalonkan oleh bekas pelajarnya, Kris Khanda, yang kini sedang berkhidmat di McDonald's. Pelajar tersebut merupakan seorang anak yatim piatu dan melalui kehidupan yang serba kekurangan. Cikgu Rosmina amat prihatin terhadap beliau dan banyak membantu dari pelbagai sudut seperti pakaian, makanan, duit belanja malah yuran asrama turut ditanggung oleh beliau. Beliau memberi sepenuh perhatian terhadap Kris Khanda seperti anaknya sendiri. Cikgu Rosmina telah menyediakan segala keperluan untuk pelajarnya ini bagi membuat persediaan menduduki peperiksaan SPM seperti buku latihan, kelengkapan diri dan makan minum. Keprihatinan Cikgu Rosmina telah memberi semangat kepadanya untuk menduduki peperiksaan SPM dan beliau telah berjaya dengan keputusan yang membanggakan.

Read More