Inspiring Stories

Mrs RODZIAH BINTI SULAIMAN

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KING EDWARD VII

Mrs RODZIAH BINTI SULAIMAN's photo

Nominated by DIFFAN SINA BIN JASMI

Seorang guru yang bernama Rodziah Binti Sulaiman merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak kandung dan 6 orang anak murid yang juga telah dianggap sebagai anak kandung. Sememangnya beliau tidak pilih kasih dalam mendidik anak murid, namun keakraban 6 anak murid ini telah menyentuh hati saya.

Beliau merupakan isteri kepada bekas guru. Walaupun mereka berkahwin pada lewat usia, namun masih mampu memperoleh dua orang cahaya mata yang diberi nama timbangan elly seorang lelaki dan tasnim seorang perempuan. Elly menghidap penyakit autism. Walaupun begitu, beliau tetap cekal hati menguruskan tanggungjawab sebagai seorang guru panita Bahasa Melayu di sekolah yang sememangnya sentiasa sibuk dengan tugasan di sekolah. 

Kerana akan usianya yang semakin lanjut dan anaknya masih kecil, beliau teringin merasa bagi menyara seorang anak dewasa yang sudah meniti kehidupan di universiti. Daripada keperluan harian makanan dan sebahagiannya, sehinggalah wang saku untuk anak muridnya 6 orang tersebut beliau tanggung. Bimbang anak murid yang telah dianggap anak kandung kelaparan, beliau sentiasa bertanyakan khabar pada setiap hujung minggu dan bertanyakan keperluan semasa.

Semasa di zaman persekolahan, beliau mengeluarkan wang sendiri untuk membawa kami melancong cuti sekolah dan sanggup membayar yuran pengangkutan dan pendaftaran apa-apa pertandingan bahasa yang anak didiknya ingin sertai. Tugasan sebagai guru perlu melaksanakan kurikulum dan kokurikulum dengan sempurna.

Bagi memartabatkan nama sekolah, beliau sanggup menghabiskan wang ringgit dan menyediakan masa bagi melatih kami bagi memasuki pertandingan pantun, drama komsas dan bahas ala parlimen. Sesungguhnya setiap kejayaan kami tempa dan kegemilangan pasukan bahasa kami di sekolah menjadi memori terindah bersama cikgu ini kerana beliau merupakan tulang belakang kami.

Terima kasih ibunda Rodziah Binti Sulaiman semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku kerana sekali bergelar guru selamanya bergelar guru walaupun hakikatnya ibunda merupakan ibu kedua dan yang pertama di sekolah.

Read More