Inspiring Stories

MR PUVENESWARI A/P GANESAN

From SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG YONG PENG

MR PUVENESWARI A/P GANESAN's photo

Nominated by KAMALESH RAJENDRAN

Seorang guru berwajah manis dan berseri yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Bagi menarik perhatian anak-anak muridnya dalam pembelajaran, beliau memberi gelaran pendek dan memberi ganjaran kecil jika anak murid beliau berjaya dalam menyelesaikan soalan yang diberikan. Beliau menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang kreatif seperti menggunakan video animasi Upin-Ipin dan cerita-cerita animasi "fairytale" versi Bahasa Melayu bagi mengenalpasti perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang baharu dan mereka akan melakonkan semula untuk memperbaiki kemahiran kosa kata dan penulisan muridnya. Beliau sentiasa mengambil berat tentang rutin murid dan mengambil masa ke rumah anak-anak muridnya untuk berbincang dengan ibu bapa mereka tentang prestasi anak-anak mereka dalam pelajaran. Cikgu Puvaneswari sering memberi kata-kata motivasi kepada anak-anak muridnya untuk belajar bersungguh-sungguh agar mereka mendapat peluang menyertai sekolah berasrama penuh agar anak-anak muridnya dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif. Beliau menasihati anak-anak muridnya tentang kepentingan akademik yang boleh mengubah kehidupan seseorang. Hasil dari dorongan dan bimbingan Cikgu Puvaneswari, anak muridnya, Kamalesh Rajendran telah berjaya mendapat tempat di sebuah Asrama 1 Malaysia SMK Victoria Institution.

 

Read More