Inspiring Stories

MISS NURUL SALINA BINTI ABDUL

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEPAGAYA

MISS NURUL SALINA BINTI ABDUL's photo

Nominated by EVANGELINE KELLY KASIUS

Seorang guru yang sentiasa ceria dan sering menanamkan sifat memberi dan membantu orang yang kurang berkemampuan di kalangan pelajar-pelajarnya. Beliau sangat kreatif apabila mengajar dan sentiasa menceriakan sesi pembelajaran atas talian dengan pelbagai cara agar pelajar-pelajarnya tidak bosan. Semada PKP, beliau telah memperkenalkan program ‘Foodies Outreach Project’ bagi membantu menyediakan makanan untuk orang-orang yang kurang berkemampuan. Demi menjayakan projek ini, beliau telah mengajak pelajar-pelajarnya dan keluarga mereka untuk sama-sama membantu. Beliau juga telah memperkenalkan projek “Students at Home Activities During Home Learning Analysis” yang bertujuan untuk mengenal pasti punca dan kesan PKP terhadap para pelajar. Hasil dari kajian ini, timbul kesedaran di kalangan pelajarnya tentang PKP dan pembelajaran di rumah. Para pelajarnya merasa amat bertuah kerana mempunyai guru seperti Cikgu Nurul Salina kerana beliau telah banyak membuka mata dan memberi kesedaran kepada mereka kebaikan dan kepuasan apabila dapat membantu orang dalam kesusahan. Benarlah kata beliau, “Kita tidak rugi apapun kalau kita tolong orang susah,kita tolong orang mungkin satu hari nanti tuhan tolong kita balik kan siapa tau”

Read More