Inspiring Stories

MRS NUR ANISAH BINTI MAJIT

From SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU LABUAN

MRS NUR ANISAH BINTI MAJIT's photo

Nominated by ATHIYAH SOFIYAH BINTI ZAMZURI

Cikgu Anisah, seorang guru PJK, yang sentiasa prihatin dan tidak putus-putus memberi motivasi kepada anak-anak muridnya. Kepribadian Cikgu Anisah telah menjadi inspirasi kepada pelajarnya, Athiyah Sofiyah Binti Zamzuri untuk menjadi guru PJK suatu hari nanti. Cikgu Anisah sering mengingatkan pelajar-pelajarnya bahawa kekalahan merupakan satu titik permulaan untuk menang dan kesilapan bukan sesuatu yang memalukan, tapi satu cara untuk kita fikirkan penyelesaiannya. Kekalahan pasukan sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat negeri WP Labuan 2022, telah menjadi titik permulaan untuk mereka mencipta kemenangan sepanjang tahun 2022 antaranya Johan Beregu Badminton peringkat negeri, pingat emas Mahrajan Al-Quran peringkat negeri, dan anugerah Duta Ikon Pengawas Pusat Sumber Peringkat Negeri. Athiyah amat menghargai bimbingan Cikgu Anisah dan mengajarnya prinsip "tetap berusaha dan tidak putus asa serta sentiasa percaya diri".

Read More