Inspiring Stories

MR MUHAMMAD IRFAN HAQIMI BIN OTHMAN

From SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN

MR MUHAMMAD IRFAN HAQIMI BIN OTHMAN's photo

Nominated by MUHAMMAD AQEEF FAHMI BIN MOHD FAUZ

Cikgu Muhd Irfan adalah seorang guru yang tabah, penyabar dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sebagai seorang guru baru di SK Parit Kasan, beliau telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan dan meningkatkan pengetahuan tentang ilmu robotik kepada murid-murid di sekolah tersebut. Walaupun beliau sendiri tidak mempunyai asas dalam ilmu robotik tetapi beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bidang robotik melalui media-media sosial dan pembacaan serta perbincangan dengan sekolah-sekolah lain dan pihak-pihak luar. Beliau tidak pernah berputus asa membimbing pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan dari segi ilmu dan kewangan sehingga mereka berjaya menempa nama dalam ilmu robotik di peringkat negeri daerah dan negeri. Motivasi, inisiatif dan kebijaksanaan beliau dalam menangani masalah ini telah menjadi perhatian pelajar dan masyarakat sekeliling.

Read More