Inspiring Stories

MR MOHD RIZAL BIN ABDUL RAHIM

From SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE

MR MOHD RIZAL BIN ABDUL RAHIM's photo

Nominated by ADRIANA AZZARA BINTI MOHD RIZA

Cikgu Rizal merupakan seorang guru matematik dan juga guru pembimbing bagi Kelab Kebudayaan. Cikgu Rizal sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi menentukan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Setiap tahun, Cikgu Rizal akan memastikan anak didiknya ada yang berjaya didaftarkan ke sekolah-sekolah seni di seluruh Malaysia. Beliau amat mementingkan pelajaran dan selalu memberi kata-kata positif sebagai motivasi untuk mereka berusaha bersungguh-sungguh agar mempunyai masa depan yang cerah. Bagi pelajar-pelajar beliau yang tiada ibu bapa dan kurang berkemampuan, beliau berusaha mengumpulkan dana bagi mendaftarkan mereka ke sekolah-sekolah seni dan ada kalanya tinggal di rumah beliau. Beliau bukan sahaja guru, malah juga seorang pendengar dan juga seorang bapa bagi anak didik beliau.

Read More