Inspiring Stories

Mr MOHD FAREZ BIN ATAN

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL

Mr MOHD FAREZ BIN ATAN's photo

Nominated by SAIFUL ANUAR BIN MAT RAAIS

Kebanyakkan guru mengajar untuk mendidik tapi tidak semua mampu menjadi inspirasi.

Calon guru Inspirasi saya adalah Cikgu Mohd Farez bin Atan.Beliau mendidik dengan penuh perasaan dan resepi kejayaan menurut beliau ialah kasih sayang. Beliau cakna dengan keperluan murid kerana baginya pelajar adalah umpama degupan jantung yang membuatkan beliau lebih semangat untuk berjuang mencorak anak bangsa.

Cikgu Farez merupakan guru yang menaikkan peratus kelulusan Pendidikan Moral SPM dari 73% kelulusan ke 92% dengan 60% mendapat A.Beliau sering dijemput menghadiri ceramah kecemerlangan.Rahsia beliau ialah mengajar tanpa stresskan murid.

Cikgu Farez bukan sahaja penerima Anugerah Guru Penyayang di sekolah malah popular di kalangan pelajar kerana kemesraan dia.Di sekolah,dialah guru yang meleraikan pergaduhan,guru yang menjadi perisai hingga ditendang pelajar,guru yang membantu pelajar histeria,guru yang berlapar demi anak murid,guru yang menjadi telinga mendengar keluhan pelajar,guru yang sentiasa disorak apabila nama disebut di perhimpunan,guru yang melawat pelajar di hospital dan di rumah.

Kebajikan murid sentiasa dijaga di sekolah,Cikgu Farez mewujudkan program bantuan makanan dengan dana melebihi rm30ribu yang dicarinya sendiri,beliau menubuhkan tabung kebajikan untuk kes-kes kecemasan pelajar seperti bahan keperluan asas di rumah yang terputus serta yuran pibg.

Selain berbakti di sekolah,dia juga tidak lokek menghulur bantuan contohnya membantu kanak-kanak gelandangan mendapat perlindungan dan akses pendidikan. Hanya dengan pendidikan ,hidup kita mampu berubah dan jangan berputus asa dengan pelajar yang bermasalah...itulah yang selalunya menitip di bibirnya. Farez...its your time to shine..our pray will always be with you so that you will continue doing what you do..

Read More