Inspiring Stories

MR MOHAMMAD NOOR AZLAN BIN IDRIS

From SMK Syed Abu Bakar

MR MOHAMMAD NOOR AZLAN BIN IDRIS's photo

Nominated by Mohd Haiqal bin Abdul Hamid

Terkenal dengan gelaran ‘Ustaz Abah’, Cikgu Mohammad Noor Azlan Bin Idris, merupakan seorang Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media di SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah. Beliau telah berjaya membangunkan Pusat Tahfiz Al-Quran dalam pusat sumber sekolah yang pertama di Malaysia melalui Program Akademi Hafizul Quran (ALHAQ) sehingga beliau dianugerahkan Sijil Pencapaian Emas dalam Kolokium Amalan Terbaik Pusat Sumber Sekolah, Guru Perpustakaan dan Media Peringkat Kebangsaan 2022. Pencapaian beliau juga dapat dilihat apabila buku berjudul “Dari Subis ke Bologna – Guru Malaysia Mengubah Dunia” yang dihasilkan atas kolaborasi dengan beberapa pihak di seluruh pelusuk tanah air berjaya diterbitkan.

Read More