Inspiring Stories

MADAM MARSILA BINTI AHMAD

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLEBANG BESAR

MADAM MARSILA BINTI AHMAD's photo

Nominated by SHAYDENAIM BIN MD SALLEH

Tanpa cikgu siapalah saya pada hari ini. Inilah kata-kata dari anak murid Cikgu Marsila Binti Ahmad, Shaydenaim Bin Md Saleh. 23 tahun lalu mempertemukan beliau dengan Cikgu Marsila yang menjadi cahaya penyuluh kepadanya yang ketika itu hilang arah tujuan. Cikgu Marsila mula mencungkil bakat yang ada di dalam diri muridnya ini dalam bidang seni. Cikgu Marsila telah menawarkan beliau untuk menyertai pertandingan melukis peringkat negeri Melaka. Cikgu telah melatih beliau dalam bidang seni sebagai persediaan untuk pertandingan tersebut. Sokongan Cikgu Marsila bukan sahaja dari segi galakan dan motivasi tetapi juga menyediakan kemudahan dan peralatan seni lukis. Hasilnya, Shaydenaim telah johan dalam pertandingan tersebut. Cikgu Marsila sentiasa memberi tunjuk ajar, semangat dan galakkan untuk beliau menyertai pertandingan melukis dan hampir kesemua pertandingan yang disertai, penyertaan beliau akan mendapat antara tempat teratas. Tunjuk ajar dan bimbingan Cikgu Marsila juga telah menyumbang kepada kejayaan Shaydenaim dalam peperiksaan SPM terutama bagi mata pelajaran seni. Dengan motivasi dari Cikgu kesayangannya juga, beliau telah meneruskan pelajaran di peringkat pendidkan tinggi dalam bidang seni lukis. Hari ini, Shaydenaim telah bergelar seorang guru pendidikan seni visual dan seorang pelukis profesional diperingkat nasional dan antarabangsa. Karya beliau juga telah dipamerkan di merata dunia, menjadi koleksi beberapa individu penting dalam dan luar negara. Beliau juga sering menjadi penceramah jemputan di Universiti luar negara untuk berbicara mengenai seni visual dan pendidikan. Shaydenaim amat berterima kasih kepada Cikgu Marsila Binti Ahmad kerana tanpa sokongan, galakan dan motivasi Cikgu, tidak mungkin beliau berjaya pada hari ini dan mungkin masih lagi dibelenggu kemiskinan, bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi juga miskin ilmu dan tidak mampu menyumbang apa-apa kepada masyarakat. ”Terima kasih cikgu, saya berjanji saya akan menjadi guru yang terbaik seperti cikgu.”

Read More