Inspiring Stories

MR MAHESWARAN A/L MUNIANDY

From SK Putrajaya Presint 9 (1)

MR MAHESWARAN A/L MUNIANDY's photo

Nominated by Nik Maira Myhani binti Nik Samri

Cikgu Maheswaran Muniandy atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mahes, merupakan guru luar biasa yang sanggup melepaskan ijazah undang-undangnya untuk berkhidmat sebagai seorang guru demi memberi manfaat kepada generasi muda. Hasil didikan beliau melalui kelas tuisyen percuma telah berjaya membuahkan hasil, di mana seramai 90% muridnya memperoleh keputusan amat cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Teknik pengajarannya yang tidak konvensional dan menerapkan konsep bermain sambil belajar serta interaktif sangat digemari oleh anak muridnya.Kaedah buku tatabahasa Inggeris yang dinamakan sebagai Lexicon, berjaya menambah kosa kata dan memberi keyakinan kepada anak muridnya untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Read More