Inspiring Stories

MR KHAIRUL NIZAM BIN ASEH @ KEE AH YONG

From SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGKOR

MR KHAIRUL NIZAM BIN ASEH @ KEE AH YONG's photo

Nominated by AMNI FARHA BINTI FAKHRUL ANWAR

Cikgu Khairul Nizam merupakan seorang guru berketurunan orang asli Suku Jakun. Beliau sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan akademik anak-anak muridnya. Cikgu Khairul Nizam bukan sahaja seorang yang minat dalam bersukan tetapi juga dalam bidang seni dan pernah bercita-cita untuk menjadi seorang artis. Dengan usaha gigihnya dan inisiatif sendiri, beliau telah memberi galakan kepada anak muridnya untuk menyertai pertandingan tenis walaupun tiada gelanggang tenis di sekolah mereka. Walaupun tiada kemudahan disediakan di sekolah dan dengan usaha beliau menghasilkan gelangang tenis menggunakan tape untuk melatih muridnya di setiap hujung minggu sehingga berjaya mereka berjaya mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Tenis MSSD Daerah Kuantan. Kisah Cikgu Kahirul Nizam pernah viral di seluruh negara apabila beliau berusaha untuk menjemput seorang calon UPSR (orang Asli) yang tidak berkemampuan dan menyediakan pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah untuk peperiksaan kertas Bahasa Melayu UPSR.

Read More