Inspiring Stories

MADAM KAMILAH BINTI BASERAH

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIONG

MADAM KAMILAH BINTI BASERAH's photo

Nominated by MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD SAUFI

“Semua murid itu mempunyai bakat yang tersendiri yang unik ”, kata seorang bernama Cikgu Kamilah binti Baserah. Beliau sentiasa mengingatkan anak muridnya akan kepentingan pelajaran untuk menjadi seorang yang intelek. Motivasi dan nasihat yang diterapkan oleh Cikgu Kamilah telah memberi inspirasi kepada anak muridnya, Muhammad Irfan Bin Mohd Saufi, untuk mengikut jejak langkah beliau yang berjaya ke menara gading sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia. Hasil usaha dan pengorbanan beliau dalam mendorong anak-anak muridnya agar mempunyai keyakinan diri itu telah meningkatkan keberanian anak-anak muridnya untuk membuat persembahan di pentas. Muhammad Irfan telah berjaya memenangi beberapa pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan hasil bimbingan Cikgu Kamilah. Bagi menghargai kejayaan anak-anak muridnya, Cikgu Kamilah akan berusaha untuk memuat naik video kejayaan mereka di media-media sosial seperti YouTube, TiktTok, Instagram dan Facebook sekolah. Usaha beliau ini diharap dapat menyuntik semangat kepada pelajar lain agar berjaya seperti Muhammad Irfan. Cikgu Kamilah sentiasa mengorbankan masa, fikiran, tenaga dan masa untuk membimbing anak-anak muridnya bersajak, bersyair, bermonolog,menjadi wartawan dan menjadi penulis karya serta menyanyikan lagu tradisi rakyat. Semangat beliau ini adalah dengan harapan amat tinggi agar mereka dapat menggapai kejayaan di peringkat tertinggi. Pengorbanan Cikgu Kamilah membakar semangat anak-anak muridnya dan ini juga telah membakar semangat anak-anak muridnya untuk terus berjaya. Beliau juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan markah PAJSK mereka. Muhammad Irfan telah meraih tempat ke-5 dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Menengah Rendah, tempat ke-3 dalam Pertandingan Mengarang Sajak Peringkat Negeri Kedah, tempat ke-4 cabaran monolog dan tempat ke-5 bicara kreatif dalam Karnival Ketrampilan Bahasa Bitara Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kedah. Beliau juga berjaya dinobatkan sebagai Ikon KoAkademik SMK SIONG 2022.

Read More