Inspiring Stories

MR ISHAK BIN HASSAN

From SK Bandar Raub

MR ISHAK BIN HASSAN's photo

Nominated by Nisreena Nashwa binti Muhammad Ariff

Guru luar biasa bergelar Cikgu Ishak bin Hassan merupakan seorang guru yang berjaya memupuk minat dan mengasah bakat muridnya menggunakan suasana pembelajaran yang kreatif melalui program ‘World Barber Library’ di pusat sumber SK Bandar Raub. Program ini turut diiktiraf sebagai ‘Program Transisi Kerjaya Murid Berkeperluan Khas Fakulti Pendidikan UKM’ kerana telah berjaya menarik minat murid dan guru sekolah berkeperluan khas untuk menyertai program ini, di mana mereka diberi peluang mempelajari teknik-teknik menggunting rambut. Lebih membanggakan, terdapat murid berkeperluan khas yang berjaya membuka kedai gunting rambut sendiri hasil daripada program ini.

Read More