Inspiring Stories

MR HJ KHAIRU RASID BIN MOHAMAD

From SMK Tan Sri Jaafar Albar

MR HJ KHAIRU RASID BIN MOHAMAD's photo

Nominated by Izhan Shafawie bin Ramlee

Cikgu Khairu Rasid bin Mohamad merupakan seorang guru Matematik yang luar biasa dan pernah diangkat sebagai Ikon Guru Inovatif Negeri Johor pada tahun 2021 kerana cara pengajaran beliau yang sangat kreatif dan inovatif untuk menambah baik sesi PdPR dan PdP. Nama beliau dikenali di daerah Kota Tinggi dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang mengiktiraf beliau dengan anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya serta merupakan tokoh Top 10 Hero PdPR Negeri Johor. Atas sikap beliau yang bercirikan kebapaan, anak muridnya menyanjung tinggi beliau kerana beliau tidak lokek untuk berkongsi pendapat, meluahkan perasaan dan mendorong muridnya untuk berbakti kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Read More