Inspiring Stories

MADAM HERDAWATI BINTI SELAMAT

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG

MADAM HERDAWATI BINTI SELAMAT's photo

Nominated by NUR EZWANNI BINTI MOHD RADZALI

Guru yang tidak kenal erti penat serta setia mendorong pelajarnya meskipun pelajar itu telah habis zaman persekolahan sehingga berupaya memperoleh pelbagai kejayaan. Pelajar ini menceritakan pengorbanan Cikgu Herdawati dalam menyokong usaha pelajar-pelajarnya membangunkan Pasukan Pengakap sekolah yang hidup segan mati tak mahu di sekolah mereka. Cikgu Herdawati telah menyumbangkan segala jenis bantuan seperti duit, tenaga, masa, dan kenderaan bagi merealisasikan impian mereka. Hasil sokongan dan usaha yang dimainkan oleh Cikgu Herdawati, empat orang dari pelajarnya telah dinobatkan Anugerah Pengakap Raja yang sukar diperolehi kerana syarat-syaratnya yang ketat. Susulan penganugerahan ini, pelajarnya semakin bergiat aktif dalam sebarang aktiviti sekolah dan luar sekolah sehingga diberi anugerah-anugerah yang lain seperti Anugerah Kokurikulum, Anugerah Tokoh Murid, Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum dan Anugerah Peringkat Antarabangsa bagi Badan Beruniform Pengakap. Pencapaian cemerlang pelajar ini di sekolah telah memudahkan perjalanannya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan beliau sentiasa menerima anugerah dekan bagi setiap semester.

 

Read More