Inspiring Stories

MR HASMOL WATAN BIN SHAMSOL BAHRIN

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS

MR HASMOL WATAN BIN SHAMSOL BAHRIN's photo

Nominated by MUHAMMAD SHAMEEUDDIN BIN SHAMSUL KAMAL

Cikgu Hasmol merupakan seorang guru Matematik yang baru berkhidmat di sekolah aliran biasa dari Kolej Vokasional. Melihatkan prestasi sukan ragbi di sekolah tersebut, beliau telah menyemat harapan untuk memperkasakan sukan ragbi di Melaka sebelum beliau menamatkan perkhidmatan kelak. Dengan semangat yang tidak kenal erti penat, beliau telah mengadakan latihan hampir setiap hari sehingga Sekolah mampu menjadi sebuah sekolah bualan ramai dalam bidang sukan ragbi. Komitmen dan pengorbanan beliau dari segi masa, tenaga dan wang ringgit menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar beliau untuk berlatih bersungguh-sungguh dan berjaya menghargai beliau dan tidak ingin menghancurkan harapan beliau. Bagi mengumpul dana untuk pasukan ragbi sekolah, dengan buah fikiran Cikgu Hasmol, mereka telah bersama-sama mengumpul dana dengan mengadakan jualan air dan makanan di sekolah di samping mendapatkan sumbangan dari pihak luar. Sejak kehadiran Cikgu Hamol, stor fasiliti sukan telah berubah kepada persekitaran yang lebih bersih, peralatan latihan yang lengkap dan penambahbaikan mutu permukaan padang permainan. Disiplin dan pembangunan akademik juga tidak diabaikan beliau, kejayaan Cikgu Hasmol menggondol pelbagai anugerah menjadi pendorong untuk pelajar-pelajarnya berjaya seperti beliau.

Read More