Inspiring Stories

Mr CIKGU MOHD AZRI BIN ELIAS

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELUTONG

Mr CIKGU MOHD AZRI BIN ELIAS's photo

Nominated by MAZNAH NOR MANSOR

TERISTIMEWA UNTUKMU

Menggalas tanggungjawab sebagai guru pendidikan khas bukanlah mudah.Tidak semua mempunyai kekuatan dan dapat menyesuaikan diri mengharunginya.Tak salah jika saya katakan bahawa kekuatan yang datang bagi mendidik murid istimewa ini tidak dapat diukur dengan kemampuan fizikal sahaja.Tetapi, kekuatan itu lahirnya menerusi semangat yang tidak pernah mengenal erti berputus asa.

Terima kasih cikgu,telah hampir 10 tahun sedaya upaya memberi erti kehidupan, membimbing tingkah laku kepada murid-murid istimewa ini supaya mereka sentiasa beradab sopan dan mampu berdikari. Cikgu telah membuktikan bahawa guru pendidikan khas juga mempunyai cita-cita dan wawasan demi memajukan bidang pendidikan khas. Sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan jika kita tahu menghargainya.

Read More