Inspiring Stories

MR CHAN CHIN HO

From SMK Durian Tunggal

MR CHAN CHIN HO's photo

Nominated by Alya Syauqina binti Syaharum

Cikgu Chan Chin Ho seorang guru yang berkhidmat di SMK Durian Tunggal, Melaka. Jasa dan bakti yang telah beliau curahkan tidak mengenal erti penat lelah dan jemu demi muridnya tanpa mengira kaum dan agama. Beliau merupakan satu-satunya guru bukan Islam yang dianugerahkan Tokoh Abdullah Uraiqith oleh Kerajaan Negeri Melaka atas sumbangan beliau terhadap Pendidikan Islam. Semasa negara dilanda pandemik COVID-19, beliau telah menjalankan inovasi ‘Amalan Baik Anak DUTASS (ABAD)' bagi memastikan murid-muridnya mengikuti sesi PdPR dengan jayanya. Hasil usaha ini mendapat pengiktirafan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM sebagai Naib Johan Amalan Terbaik Sahsiah.

Read More