Inspiring Stories

MS AZNIDA BINTI ABDUL AZIZ

From Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya

MS AZNIDA BINTI ABDUL AZIZ's photo

Nominated by Muhammad Fazli bin Mohd Noor

Cikgu Aznida amat terkenal dengan sikapnya yang sentiasa memberi dorongan kepada pelajar bagi memastikan kebajikan mereka terjaga. Bagi membantu pelajarnya yang kurang bernasib baik, beliau telah berkolaborasi dengan beberapa pelajar di sekolah tersebut untuk menjayakan ‘Projek Baju Raya’. Tanpa mengira masa dan tenaga, beliau sentiasa bersedia untuk membantu pelajarnya mendalami ilmu dan pengalaman bagi menjayakan projek akhir yang dinamakan ‘Busana Cerminan Budaya Malaysia Peringkat Kebangsaan’. Hasil dari usaha gigih beliau, pelajarnya telah berpeluang menyertai pasukan teknikal TM Malaysia.

Read More