Inspiring Stories

MR AZMI BIN ZAINUDDIN

From SEKOLAH MENENGAH SAINS MIRI

MR AZMI BIN ZAINUDDIN's photo

Nominated by SIMON BILONG KAREL

Merupakan seorang guru Fizik yang sangat dihormati oleh pelajarnya terutama pasukan ragbi sekolah. Beliau telah diamanahkan untuk menjaga pasukan ragbi yang bukan kepakaran beliau namun kerana amanah beliau melatih pasukan beliau tanpa mengira penat dan wang untuk mengekalkan kebitaraan sukan di sekolah beliau sehingga ada di antara pelajarnya yang telah dipilih untuk mewakili negeri Sarawak dalam sukan tersebut. Disamping menjalani latihan intensif ragbi, Cikgu Azmi akan memastikan pelajar-pelajarnya luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Memandangkan beliau seorang guru Fizik, setiap pergerakan dalam permainan ragbi, beliau akan kaitkan dengan ilmu Fizik bagi memudahkan pelajar-pelajarnya memahami subjek ini. Setiap pagi sebelum bermula waktu sebenar PDP beliau akan mengambil masa 30 minit untuk mengulangkaji tentang subjek dan silibus yang tidak difahami. Hasil usaha gigih beliau berjaya membawa pelajar ke banyak pertandingan di seluruh pelusuk negeri dan luar negara dimana ada pelajar mengikuti pertukaran pelajar dalam sukan ragbi di Tokyo, Jepun.

Read More