Inspiring Stories

MR AWANG MOHAMMAD BIN AWANG YAHYA

From SK Semayan Pulau Banggi

MR AWANG MOHAMMAD BIN AWANG YAHYA's photo

Nominated by Siti Hania binti Abdul Kadir

Pengorbanan dan dedikasi Cikgu Awang Mohammad bin Awang Yahya bukan sahaja dapat dilihat dari segi penyediaan bahan bantu mengajar tambahan kepada anak didiknya bagi memastikan kefahaman dan semangat mereka meningkat, malah beliau turut berusaha untuk menyediakan bekalan air bersih kepada muridnya yang sukar untuk mendapatkan sumber air. Beliau berkomitmen tinggi untuk memastikan anak muridnya sentiasa menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum sehingga ada yang berjaya merangkul jawatan duta kecil Sabah dalam memperkenalkan masakan tradisional Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau juga mempamerkan keberanian ketika menyelamatkan seorang guru wanita yang hampir dihanyutkan arus yang deras. Segala pengorbanan beliau kepada komuniti Pulau Banggi Sabah adalah amat dihargai.

Read More