Inspiring Stories

MADAM ATILA BINTI KHAZALI

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2

MADAM ATILA BINTI KHAZALI's photo

Nominated by SHARIMILA DEVI AP RAMESH

Dicalonkan oleh seorang pelajar tingkatan 5, Sharimiladevi. Pada awalnya dia tidak tertarik dengan subjek Seni kerana dirasakan dia tidak mahir dalam melukis dan menganggap bidang Seni tidak menjanjikan masa depan yang cerah dan peluang kerjaya yang terbatas. Namun, Cikgu Atila membuka mata Sharimiladevi tentang subjek Seni dan mengajarnya kemahiran membuat kraf ukiran kayu. Meskipun dipermulaanya dia merasa payah, Cikgu Atila tetap memberikan sokongan dan bantuan kepada Sharimiladevi hingga dia berhasil belajar teknik ukiran kayu dengan baik. Setelah belajar teknik ukiran kayu, dia mulai menghasilkan ukiran kayu yang lebih halus dan kemas. Cikgu Atila bahkan membantu pelajar ini menjual ukiran kayunya dan memberikan semua hasil keuntungan penjualan kepada Sharimiladevi untuk membantu meringankan beban kewangan keluarganya. Kini dia sedar bahawa belajar seni bukan hanya untuk mendapat nilai A di ujian, tetapi juga dapat membantu kelangsungan hidup dan keluarganya. Pelajar ini sangat berterima kasih kepada Cikgu Atila kerana tidak pernah mengabaikan dirinya sebagai murid yang tidak mempunyai bakat melukis. Walaupun berbeza agama, tetapi Cikgu Atila tetap menjadi sosok yang luar biasa dalam hidupnya. Terima kasih cikgu Atila kerana dapat melihat potensi pelajar dan membantu mencapai impian mereka yang mungkin tidak pernah mereka pikirkan sebelum ini.

Read More