Inspiring Stories

MS ANGELA BINTI JOSEPH

From SMK Mutiara

MS ANGELA BINTI JOSEPH's photo

Nominated by Muhammad Najmi

Cikgu Angela Joseph yang lebih disenangi dengan panggilan ‘Mummy’ amat menitikberatkan akademik, kepimpinan, kurikulum dan sahsiah diri para muridnya. Beliau juga merupakan seorang yang sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, swasta, NGO dan komuniti setempat sehingga banyak memberi inspirasi kepada anak didiknya untuk berfikiran matang dan ini membuka peluang kepada mereka di alam pekerjaan kelak. Antara jasa beliau adalah membantu salah seorang muridnya yang hampir gagal dalam akademik dan kokurikulum sehingga berjaya di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.

Read More