Inspiring Stories

MADAM ALIZARINAH BINTI ALI

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

MADAM ALIZARINAH BINTI ALI's photo

Nominated by SITI MAIZATUL NADIA BINTI ROHAIZAN

Pengorbanan Puan Alizarinah dalam membimbing dan memberi motivasi dan menjadi penyuluh dalam kehidupan anak-anak muridnya di SMK Taman Indah. Dedikasi dan komitmen serta pengorbanan Cikgu Alizarinah, dari segi masa dan wang ringgit yang tidak berbelah bahagi telah banyak memberi impak dalam kehidupan anak muridnya, Siti Maizatul Nadia Binti Rohaizan. Keadaan kehidupan Siti Maizatul yang serba kekurangan telah mendapat perhatian Cikgu Alizarinah. Dengan peruntukan peribadi, beliau telah menyediakan peralatan sekolah, pakaian dan kelengkapan rumah dan juga buku-buku ilmiah untuk murid kesayangannya ini. Cikgu Alizarinah juga telah menghantar Siti Maizatul ke kelas mengaji Al-Quran dan mengasah bakatnya sebagai seorang pemidato sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai dinobatkan sebagai Johan Pidato Piala Diraja Peringkat Daerah Tampin dan Johan Pidato Kenegaraan. Cikgu Alizarinah terus membimbing dan memberi motivasi murid-muridnya untuk memilih bidang yang bersesuaian. Bimbingan dan kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak muridnya telah menjadi motivasi kepada beberapa pelajar yang juga telah menceburi bidang pendidikan sebagai profesion mereka kini. Bagi Siti Maizatul, jasa dan pengorbanan Cikgu Alizarinah telah berjaya mengubah kehidupannya dan keluar dari belenggu kemiskinan.

Read More