Inspiring Stories

MR AKIL HUSAINI BIN ABDUL MANAN

From SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNUNG RAPAT

MR AKIL HUSAINI BIN ABDUL MANAN's photo

Nominated by AIMAN SAFWAN BIN ABDULLAH

Cikgu Akil telah menjadi insan penting dalam kehidupan muridnya, Aiman Safwan Bin Abdullah, terutama setelah bapanya meninggal dunia sebelum beliau menduduki peperiksaan SPM. Kisah bermula apabila Aiman yang merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan hoki, bukan sahaja di peringkat sekolah, malah peringkat negeri juga, telah mengalami masalah peribadi sehingga terpaksa bertukar sekolah. Berkat usaha beliau memujuk bapa Aiman, Aiman telah dibenarkan untuk menyambung pembelajaran di sekolah baharu. Cikgu Akil telah mengambil peranan dalam menguruskan pendaftaran pelajarnya ini di sekolah baharu. Beliau juga menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk Aiman memulakan persekitaran pembelajaran yang baharu termasuk menanggung perbelanjaan harian Aiman di sekolah baharu. Cikgu Akil sentiasa menasihati Aiman untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam peperiksaan SPM dan harapan beliau agar Aiman berjaya dalam pelajaran dan di masa hadapan. Arwah bapa Aiman amat mempercayai Cikgu Akil sehingga beliau berpesan kepada Cikgu Akil untuk menjaga Aiman dan adiknya sebelum dia meninggal dunia. Berikutan itu, Cikgu Akil menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah, membantu segala hal. Aiman nekad untuk membuktikan kepada Cikgu Akill dan arwah ayahnya untuk berjaya dalam bidang apa sekalipun dan tidak akan mengecewakan cikgu Akil!

Read More