Mr CHOO THIAM CHOY
From SMK PENDING
Nominated by NUR IMAN IZZUDDIN HILMI BIN KASIM
Setiap orang sememangnya akan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Dan setiap pelajar juga mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru untuk dijadikan sebagai model untuk kita berjaya. Oleh hal yang demikian, dengan ini, saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa guru yang boleh dianugerahkan sebagai Anugerah Guru Inspirasi jatuh kepada Cikgu Choo Thiam Choy. Apabila anda bergelar sebagai seorang pelajar di Tingkatan 6. Nama Cikgu Choo memang tidak asing lagi. Mengajar subjek Pengajian Am di tingkatan 6 di SMK Tarat. Sekarang beliau telah dipindahkan ke SMK Pending, juga di negeri Sarawak. Beliau telah mendapat beberapa anugerah tertinggi sepanjang tempoh perkhidmatan. Beliau turut memberikan ceramah hampir di seluruh sekolah di negeri Sarawak khasnya. Dengan ilmu yang ada padanya, beliau sering memberikan tunjuk ajar yang baik kepada anak murid nya. Walaupun mempunyai sifat yang tegas, tetapi ketegasan beliau lah yang menjadikan setiap murid yang diajarnya berjaya mencapai matlamat tersendiri. Rata-rata pelajar tersebut telah berjaya memasuki UNIMAS di SARAWAK dan juga di beberapa universiti yang lain. Subjek yang diajar turut meningkat dari semasa ke semasa. Anak-anak murid yang dididik menjadi manusia yang berguna dan berjaya dalam hidup. Beliau juga merupakan seorang guru yang baik hati, sentiasa menganbil berat akan anak muridnya dan juga aktif dalam bidang sukan walaupun umur nya sudah mencecah 50 -an. Namun, faktor umur bukanlah penghalang beliau untuk terus menggiatkan diri dalam bidang sukan sehingga kini. Semoga kisah yang saya kongsikan ini memberikan inspirasi buat guru-guru yang lain.